Monday, September 19, 2011

Solat.....sunat

Mode: Jom muhasabah diri sat!

Sementara aku masih igt, baek aku NOTED dlm entry! x la hilang! klu simpan dlm kepala otak-yg-dah-mula-membeku-sebab-kene-blaja-visual-basic sepanjang kursus thiz week till next week, mmg bgn tido esok, ape yg aku nk simpan nieh, mesti sudahhhhh selamat ditelan mimpi!
Alhamdulillah, lepas berehat sebulan lbih sempena ramadhan yg lepas, last week, jadual harianku da back to normal! syukur, aku masih diberi peluang nk tambah pape yg patut! Belajar klu x tau! YES! mmg byk yg aku x tau, tu sbb aku belajar!
Td, mcm biasa, balik umah, terus bukak channel lazim (biasa'y aku buka channel ni lahh bila balik dr kelas).....& td, ader program Tanyalah Ustaz....Ustaz ader jawab soalan td....berkenaan dgn solat sunat....klu aku x dgr td, aku pOwn x tau....espect. time yg haram wat solat sunat tasbih...
Solat sunat tasbih, ader waktu2 yg haram utk dilakukan...haaaa, x payah wat muka pelik+terpinga2..aptb!

Jgn wat solat sunat tasbih:
-selepas solat subuh
-semasa matahari tegak
-selepas asar
*klu x silap aku 3 nieh jerk waktu yg x leh wat solat sunat tasbih....
ianya mengikut pandangan sebahagian para alim-ulamak..hukum'y haram....tapi menurut Imam Syafie, hukum'y makruh..

Juz for info....tentang solat sunat tasbih....
klu buat waktu malam, buat 2 rakaat-2 rakaat....& kuatkan suara.....
klu buat waktu siang, wat 4 rakaat, perlahankan suara (spt sembahyang biasa)

Then....Solat sunat yg dibuat secara berjemaah...ada 5:
-solat sunat aidilfitri
-solat sunat aidiladha
-solat sunat gerhana bulan
-solat sunat gerhana matahari
-solat sunat memohon diturunkan hujan

Pasal Solat Sunat Dhuha plak....
Nabi Muhammad SAW dulu, menjaga solat sunat dhuha'y, bukan kerana dia m'harapkankan rezeki dari Allah, dia melakukan kerana dia amat cintakan perbuatan amal ibadat! Subhanallah!!! Nabi yg dah confirm2 masuk syurga tuh, sebegitu rupa niat'y! tidak mengharapkan apa pOwn dr Allah....kiter yg hina nieh, wat sikit je pOwn...tp mengharap'y banyak!!! hurm....
Diantara fadhilat solat sunat dhuha.....dikupaskan sedikit.......berkata Rasulullah SAW....bahawa setiap apa yg kiter buat yakni mendorong kepada kebaikan.....ia'y merupakan satu sedekah....(alamak, apa lagi elaboration ustaz td arr >@@<tiong jab kepala aku)...okeh, means wut ever yg kiter wat ke arah kebaikan, mengajak org berbuat baik.....itu semua satu sedekah....juga perbuatan kiter beristighfar, juga satu sedekah.....cuma, selama mana diri kiter ini selalu beristighfar kpd Ya Rabb dalam kehidupan kiter sehari2? sO, dgn solat sunat dhuha, ia'y terkandung sedekah kiter (istighfar) ......juga fadhilat2 lain'y yg kiter pOwn tau sendiri......cer baca terjemahan doa solat sunat dhuha.....aishhh...sat aku carik.....................>>>>>>>>>loaning!!! eh silap, loadingggggggggg>>>>>>>>>

*utk lebih kefahaman, rujuklah bahan2 yg boley dijadikan rujukan! sekian, maseh~



Sunday, September 18, 2011

Jam menunjukkan pukul 3:23am

Mode: Open House

Br kul 3pg....tp percaya x aku x tido lagi! aigoooo.....nieh 1st time tulis entry pagi2 buta sebegini....padahal klu x, aku sdg bermimpi2 indah la time nieh! Al-kisah'y esok akak aku nk invite sibling's husband dia....siblings aku yg ader 2/3 kerat kt sini....dtg beraya kt umah.....nieh td ms aku duk melayan pc awal2 mlm td, dia siap bwk ntbook kt dpur, suh aku layan tenet kt dapur, teman dia......dia ckp tmn dia sembang2 jerk, x yah tolong! tp siyes x sampai ht plak...klu bia dia wat sorg, mmg sampai org dtg esok, x tido...then aku tlg la kacau2 kek.....ptg ayam....ptg bahan2 utk ayam rempah bla bla bla.....
1st td dia baking carrot cake....aku igt tu jer 1 menu yg dia nk settle-down mlm nieh...ghupa2'y, lepas tuh, grg ayam....wat kek coklat.....pastu, ni br dia sebut nk tambah 1 menu lagi utk wat mlm nieh.....kuih apam! eh, dun wori...dia tau aku tgh tulis entry...& entry nieh mmg khas utk dia! huhu....tu dia tgh wat kek coklat..pastu nk wat kek pisang lak! & aku??? tggu kek siap jerk, aku jd tukang rasa! ahaks! td pOwn ms grg ayam, brp ketul aku kidnapped! rugi2....sape suh aku teman kan dia? huhu....nasib baik jugak, siang td da banyak rehat! sO, malam nieh berjaga sikit! Oklah, nti aku letak entry lainz! upload pic hasil utk malam nieh...ni nk tlg kacau2 bahan utk kek pisang....



Monday, September 12, 2011

Bila kiamat kita?

Mode: Reload muhasabah diri~

Apabila seseorang hamba mati di alam syahadah,
dia akan hidup di alam barzakh!

Mati itu adalah kiamat,
Maka, barangsiapa yg mati,
bermakna telah bermulalah kiamat bagi'y

Bermakna, hidup kita adalah berterusan
hilang hidup di dunia, masuk hidup akhirat!


Sunday, September 11, 2011

Tali Pinggang Keledar

Mode: x taula aku da wat entry psl ini @ belum....tp duk belek2 album gamba td, terjumpa pic ini! terus suruh beruk-band bekerja utk aku merepek lagi! ^__^

Pemakaian tali pinggang keledar utk penumpang yg duk belakang telah dikuatkuasakan pada 1 Jan 2009! kire dah lama jugak la kan, cuma aku nieh x brp nk amek port psl aku selalu mmg sorg2 jerk dlm kete tuh! hehe....klu ader org naek, x mo pakai pOwn, aku cuma cakap, klu kene saman, bayar sendiri! huhu.....eh, tu klu yg duk blkg...klu penumpang spt pic kat bawah ni camne plak?
-------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------
--------------------------------------
---------------------------
-------------------
------------
-----
--
-

dah ni kenapa? aigoo!

Entry nieh bukanlah aku nk bercerita psl org lain! aku nk bercerita kejadian yg aku alami sendiri.....ntahler, maybe durg nieh stress sgt keje barangkali...tu yg jadi mcm ni! eh, sowiii yep kawan2 psl aku upload pic korang! hehe....aku rs blog empunya pic nieh pOwn da wat entry psl ini! hehe......nieh entry version sejadahchenta plak! hehe...eh, x sabaq nk gathering dgn korang nanti! da lama x cit-cat...(padahal majlis iftar hr tuh da penat membebel dgn korg)

Layan jela pic ni erk! keselamatan itu penting!
-------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------
--------------------------------------
---------------------------
-------------------
------------
-----
--
-

kegilaan mereka buat aku rindu!
p/s: jgn tiru gaya ini

Daku Kuciwa

Mode: Mmg manusia sgt suka bertanya...& pertanyaan itu membuatkan aku rs MENCIK!!!

Soalan biasa...nak2 plak bila gathering raya2 mcm nieh...eh, x yah tunggu raya! kt opis yg hr2 jumpa tu pOwn selalu bertanya....
Persoalan aku yg pertama : x penat ker tanya banyak2 kali sedangkan jawapan yg aku bagi sgt HAMBAR?
Persoalan kedua : knp nk tau psl aku? aklu aku jawab ye pOwn, nk tolong sponsor ker?
Persoalan ketiga : mls plak nk type byk2! cnfirm2 bukan durg jawab pOwn!

Jawapan yg selalu aku bg bila org bertanya akan hal ini hanyalah senyuman atau pOwn muka singa aku! cett~igt aku x pandai wat muka garang mcm singa? x pOwn aku akan bg jawapan yg agak kurang sopan! Nak2 plak kawan2 rapat yg tanya! eh, of coz mereka tau akan perihal diri aku! akan kejadian2 yg menimpa.....sO, nk tye byk2 kali, kau dah kenapa? Pernah dulu bila aku marah sgt dgn soalan sebegitu, jawapan aku "ko tanya Tuhan la...aku x de jawapan!" & org itu terus diam! kan dah kene! susah sgt nk faham kenapa?

It's goes da same way bila aku wat rajin sikit! wat kek, bawak g opis..(juadah pebret aku)....ader jugak yg x kene.....ader jugak yg sound! & now, aku da merajuk! x kuasa dah nk bawak hape2 g opis....jgn harap! pfpfpftttt!!!

Klu mak aku yg tye, aku x leh la x jawab kan! even she knows every single things yg jadi kat aku, dia pOwn da redha! siap boikot 1 negeri lagi! hahaha, kelakar pOwn ader mak nieh....sabar ye mak!

So, pasni klu ader yg bertanya, aku berkira2 utk bg tazkirah sikit la....mungkin mereka x faham tentang sesetengah perkara yg jadi rahsia Sang Pencipta! mungkin juga mereka x faham akan Qada' & Qadar Allah....

& thiz sentences adalah diantara perkara2 yg akan aku highlight dlm tazkirah tersebut! sekian

JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan;Kenapa Lambat? = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.Dah Berpunya? = Ya.Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepada semua,Bila? = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu hendak berkahwin kerana semua rahsia Dia, terletak di tangan Allah. Sampai masa Allah akan membongkarkannya

Jgn msg2 @ kol2 aku lagi



Mode: ............pasal lepas nieh aku switch to public phone

Berita baik lepas bg bonus kt org gomen

Bagi yg gaji agak2 nk-mkn-pOwn-x-cukup mcm aku nieh, agak 'suker' la dgn hadiah lepas raya dr kerajaan nieh! eh, jgn ckp nieh sumer syarikat2 telco yg punya angkara...sebab mereka x leh sesuka hati wat cukai camni tanpa kelulusan kerajaan...even before this, ader hidden tax, tp x ler amek kesah sgt....sbb bukan pertambahan caj! mcm tulah kefahaman aku! nieh, setiap kali nk reload, setiap kali tuh kene byr caj! klu contohnya, aku mmg sehari topup RM1, maka, sebulan, 30x aku byr cukai kpd kerajaan! & hasil'y, pasni boley beli gelang dgn harga Rm juta3x plak kan! mls nk ckp byk, lu pk la sendiri!, nyway, terima kasih PM, byk 'membantu' rakyat!

Another Video utk korg renung2 kan

Mode: bukan renung2 kan & selamat beramal!

Entry kali nieh, aku agak lari sikit dr perjuangan yg sedang diperjuangkan! nak2 plak, aku be jerk switch mode blogger kpd mode yg konon2 updated! ok jugak la..melayan jela labu! nk modify blog, hurm....aku x la serajin my fwen yg juger suker mengarut dan membuat kerepek di blog masing2....wat kerepek dalam blog? alahhhhhaiiiii, jgn jd slow sgt boleh? kerepek tuh, merepak lahh! durg yg berblogging2 nieh kan, even da ader laki, ader anak, ader gak masa kan! aku yg single-mingle nieh, rs packed nyer ms nk hapdet2...nk modify2 blog hapetah lagi.....hurm.....

Seminggu yg lepas, bukan seminggu la, psl semalam br jerk jumaat kan....the whole week, mmg x de rs nk keje betul kat opis! siyes! bukan aku sorg jerk yg gitu! yg lain2 pOwn same....klu ader cuti byk lagi, nk jerk aku amek ct sampai ke hr jumaat yg lepas...tp apakan daya! ct tinggal 20 hr SAHAJA lagi! sajer aku wat capital letter utk sahaja tuh....bg panas sikit! ehe~ bukan aper, ct harus disimpan...utk ms hadapan! bukan kene simpan duit jerk okeh!

Aku nk mula bercerita psl tajuk entry.....nieh plak, video lagu slow yg bisa melayan jiwa! eceh! jgn wat tekak aku geli boley, by using word yg berbunga2! enjoice 2 vid kat bawah...mcm biasa, 1-kpop, & 1-mpop!


Yes, aku boley bg kredit kad kt lagu dia, tp klu video, OMO!! klu aku request durg wat video klip balik utk lagu nieh, akan dipertimbangkan x? siyes failed!


Yes, givin' credit to da song & video!!!
Tp ni bukan vid yg aku nk masukkan dlm entry kali nieh..video tuh ader kat opis! so, aku upload jer la vid nieh even kualiti amat mengcewakan!


My Raaif

Mode: Mcm nk cr nama utk anak sndiri....bl abg aku sebOk2 nk letak apa nama anak dia!

Alhamdulillah, bertambah lagi umat Muhammad! My SIL, a.k.a sister-in-law, merangkap bini abg aku, da selamat melahirkan baby boy....nama dia Muhammad Rayqal Raaif! ape ntah makna dia abg aku ckp td, aku x amek port sgt pasal ralit kacau baby tido! hehe.....br td aku berkesempatan nk tgk, psl lepas lahir hr tuh, baby msk nicu...nafas dia cepat! tp, alhamdulillah, ptg td da kua.....so, aku pOwn dapat ler tgk setelah 3 hr menunggu!

merah2 pipi dia aku kerjakan! hehe

Seronok jerk tgk dia tido! aku kacau2 pOwn x mo bangun! makcik dia nieh pOwn satu, mai tgk malam2 kenapa? hehe....al-maklum, dia kua da lewat ptg td....kebetulan aku poser hr nieh...so, lepas iftar, br gerak! eh, pipi dia mcm sin chan kan! montelll!!! tp, x heran, psl pipi2 anak buah aku mmg mcm ni ms br2 lahir...x caye, nti aku upload pic anak buah yg lain!

berkerut psl aku pakai flash capture pic nieh!

Aku mmg suka wat jahat dgn budak2 kecik! nieh, time dia sedap2 tido, aku duk sebOk amek gamba dia...hehehe...sampai berkerut2 dahi dia...padan muka! sape suh pipi tembam sgt! 

My cyg-Kerry!! anak akak...tgk pipi dia!

Betul x bila aku ckp td, yg anak2 wah aku sume pipi mcm sin chan! pic abg kpd Raaif, si Rayyan, aku x jumpa carik plak! ntah mana2 aku letak dlm lappy nieh....so, aku upload pic anak akak aku jerk...


sO, nk pesan kat diri sendiri, tok sah duk gatai nk sebOk2 carik nama baby plak! dah x de keje lain kew? huhu.....bak kater abg aku, calon pOwn x de lagi! cett~

eh, aku hapdett entry nieh....udah ketemu sama gambar'y Muhammad Rayyan Reyzal.....nah!! aksi tido si Raaif, sm mcm aksi tido abg'y! hehe

Rayyan! skrg nieh ligat giler berjalan sana-sini x hengat dunia! SGT lasak! adoiiyai



Thursday, September 8, 2011

kpop tuh paddlepop ker?

Mode: dude, juz be urself lahh!

Aku x faham la...cuba gak nk faham kan, kenapa....tp malas plak nk pk! hurm, biarkan mereka....
mereka demam? maybe la...demam k-pop? tau ker k-pop tuh jadah hape? hello, jgnla nk samakan kpop tuh dgn paddle pop plak! adeh, ader gak yg raser nk kene siku nieh..nampak sgt x hapdett langsung perkembangan dunia! demam kpop, klu skrg aku di korea, aku x de hal la...mmg tempat durg kan...even klu jalan2 kt street terserempak dgn bdk2 super junior ker, x de hal la kot....jog pagi2 sekali sama2 jog plak dgn kim hyun joong pOwn, mmg perkara biasa r kot...mau'y bersemangat giler plak aku jog tiap2 pagi klu asek terserempak dgn dia jew!! wiiiii......okeh, simpan sahaja angan2 itu! korea bukanlah negara pertama yg aku nk pegi sgt2 bila aku goin' abroad nti! mana aku nk pegi, x yah la nk sebOk2....psl rs2 kiter bukan ader kene mengena pOwn kan! tp klu rs2 nk sponsor kan tiket flight ker, okeh jugak!! ho2x!

Lately mcm menjadi2 plak benda yg aku rasa mcm pelik bin ajaib sikit nieh...x tau motif..kang pandai2 kater kang, x baek la plak kan... huhu...tp, nk bg tau....juz be urself la....yg nk ikut sgt mcm kpop tuh apsal? hisy.....gaya da ala2 kpop aku tgk....alih2, cuma x brp nk ensem+cute sahaja spt korean! huhu~ klu pompuan tuh satu hal...siap tiru dressing durg sekali! hello, islam lahh! mereka x pela, cnfirm2 kafir laknatullah! mmg cnfirm2 jd kayu api dah....yg duk sgt nk ikut durg watpe kan! alahai......yg lelaki boley tahan la lagi, psl bdk2 kpop nieh, so far x de plak aku tgk durg dress-up pape yg x cukup kain! yg aku x tau-x-nampak, wallah hu'alam la kan....
cer layan vid kat bawah nieh....& cer bandingkan.....boley kew agak2 durg nieh nk tiru gaya2 mat2 korea nieh.....

yg nieh mmg btl kpop ler....terasa aku pOwn nk jOin durg dance! haha......jgn nk perasan boley?

okay! & this one, lu pk la sendiri.....boley x nk disamakan dgn yg ori nieh korean as above?

they r k-pop? eh, silap, m-pop! hurm, boley blah x layan vid nieh? ker korang da blah awal2? aigoooooo.....

Klu rs2 mmg ader kebaikan nk jd spt mereka, mpop kene byk'n latihan lagi kot.....wink2x!

Wednesday, September 7, 2011

Spoiled!

Mode: Idea di dalam baldi yg ingin aku curahkan di sini, aku simpankan kembali...

Apehal wilayah di sini hari ini...igt internet kat opis jerk yg lembap even da pakai ram 6G....nieh kat umah pOwn same lembap! br nk membebel-x-henti-henti di sini akibat kebosanan+keboringan di tahap yg melampau! dah begini keadaan'y, ku pendamkan sahaja angan2 itew~chaww!!

Monday, September 5, 2011

Aduhai Synchronize



Mode: Bukan senang nak baik...& mmg senang nk jahat! Aww!!

Di mana synchronization itew? aigooo...susah'y! nak2 plak setan2 laknatullah da freeeee skrg nieh! uhh, x suka'y! i'm wishing that the whole year is RAMADHAN! aman sikit hidup aku! yg lepas pOwn, setan2 kecik jerk! yg mana, insyaAllah boley ditangkas lagi!!!

Laser setan2!! ^__^

Eh, igt sng2 nk suh ultraman laser kan setan2 nieh? tanpa pertolongan Allah, spy kiter menjadi kuat..kuat iman...mental & fizikal..x de makna'y senang2 nk tewaskan hasutan & godaan setan! tul x?? nak2 plak, hasutan setan2 nieh mmg da sebati dalam diri kiter, anak2 Adam! huh.....padahal dl, setan2 nieh adalah hamba yg paling taat dgn suruhan Allah! tgk, ketaatan'y telah hancur musnah akibat dari keegoan sendiri! nak citer lebih lanjut, selusurilah sirah2 islamiah! alamak, ntah-word-hape-yg-aku-pakai-nieh?

Synchronize...sbnr'y diri kiter nieh....kiter sendiri kdg2 susah nk kawal....al-maklum, kang nk jd baik, of coz ader yg akan mengata....x nk jd baik sgt pown kang, still ader yg akan mengata! contoh, klu tetiba kiter berjubah...for sure, akan ader org yg tanyer..."br balik dr mekah ker?"...bla bla bla...dll yg malas aku nk tulis pjg2 kat sini.....pelik kan! tu yg pakai baju-adik2-depa....yg pakai baju xs.....yg rambut colour2....x de plak depa duk tanya..."hangpa br balik de London ka? br balik dr US ka?? Stigma masyarakat! yg kadang2 wat darah aku tiba2 tinggi! naseb baek aku x putih, klu x da blushing2 aku tahan marah! huhu....

Siyesly to say.....bila kiter x mampu nk ubah diri kiter...nk ubah cara hdup...nk ubah percakapan....cuba lah berdikit2!...maksud berdikit2 nieh, lebih sedikit nisbah'y dr bersikit2.....x caye, cer tgk kamus dewan bahasa & pustaka! klu salah, mmg x payah nk bising, psl aku main taram jerk nieh! eh, blog aku kan, ikut suka lah! haa, tgk, ayat aku da mula x synchronize dgn diri aku yg sopan & santun nieh! =D
Tp kan, bila terkadang kiter bersopan, berjubah misalan'y, akan automatik, kiter akan mampu utk kawal percakapan...kawal diri kiter! & amazingly, secara automatik, org sekeliling akan hormat kiter! subhanallah! Allah maha mengetahui...tu sbb Dia suruh para muslimah berhijab, menutup segala2'y kecuali muka & telapak tgn....kerana dgn sebegitu rupa, akan kurang gangguan dari org persekitaran...believe my word! klu x cayer, cubala try! rasa'y indah!!! betul, sgt indah!

Hari tu, seperti biasa, akak aku akan bg free talk kt aku tanpa aku minta! dia cakap, dress-up x yah cantek2.....bia selekeh2, supaya lelaki yg tgk, x de nafsu kat kiter...then on da same day, kami kua beli barang! oleh kerana aku mmg malas nk iron2 tdg/baju segala bagai, so, juz belasah jerk mana yg ader! & keputusan'y, aku pakai baju wane slow purple, track-suit wane dark navy....& tudung wane hijau! hahaha, tolonggggla jgn bayangkan! pastu akak aku tgr, "ni ko pakai tdg colour lain, baju colour lain...." & jawapan aku, "kan ko ckp pakai kene selekeh2!".....hehe..pliz dun try this at home! poning! 




Ikhlas

Mode: Kalau kamu mahu tahu apa itu ikhlas, jangan mengharap apa2 balasan walaupun ucapan TERIMA KASIH. Selagi kamu inginkan balasan, kamu belum tentu lagi ikhlas~credit to Sham Kamikaze!

Tetiba plak aku terpk word nieh...al-maklum g keje hr nieh serupa mcm aku duk tido berlengkar kat umah! eh, sila jgn salah faham! mmg sekejapan pOwn tidakku lelap kt opis hr nieh even waktu rehat! padahal mata da mcm lekat gam uhu dah.....tahu? agak ajaib psl ms rehat aku x tidoq! mn x'y, aku pi melayan citer "Tolong! awek aku pontianak"...korang pernah tgk citer nieh? nama jer agak seram, tp siyes aku x takut pOwn tadi....cuma ms balik, aku guna lif depan r...x guna lif maintenance kat belakang! hehehe....eh, bukan takut, tp sajer la nk jumpa org ramai bulan2 raya nieh...ececeh~tau nape aku x takut layan citer nieh? huhu, pasal pontianak dia comell!!! x cayer, cer tgk pic nieh!

Pontianak comel+hero sengal2 ubi

Padahal mula2 td igt nk layan citer karak! x sampai 5 minit pertama, aku da ttp! hahaha...bukan aper, al-maklum kat opis, org ader 2 kerat jerk! aigooo....tgk citer lain la......NEXT!

Eh, kiter back to da root! cer layan pic kat bawah nieh....pasal, benda tuh yg aku nk citer sbnr'y!

Perlu ku terap nilai ini dalam diriku!

Siyes, selama hidup, apa yg kiter wat, mesti kiter mengharapkan balasan...betui x? nak2 plak aku yg serba dhaif akal fikiran nieh! hadoiiiii.......hilang ikhlas aku kerana itu! sbb, ikhlas nieh HANYA akan terjadi jika kiter wat sesuatu benda tuh tanpa mengharapkan balasan even ucapan terima kasih! 
Mmg nampak simple, tp benda yg simple-dimple ni lah yg kiter susah nk wat! Tp, bila kiter beramal misalan'y, kiter mengharapkan ampunan dari Allah...& mngharapkan kiter tidak tergolong dalam ahli2 neraka, itu dibolehkan! wallah hu'alam! psl mmg awal2 lagi Allah dah janjikan balasan syurga bagi hamba2'y yg megikut perintah-Nya!
So, lepas nieh nk wat pape, niat sahaja di dalam hati...bahawa semua yg aku lakukan adalah kerana Allah! InsyaAllah, semoga kiter betul2 ikhlas dalam setiap perkara yg kiter lakukan! aminnnn




Sunday, September 4, 2011

Puasa 6 woi!

Mode: esok boley melantak lagi! lusa, makan2....tulat, da start poser 6

Perkara yg kiter amik endah-x-endah jerk! Padahal, aku mmg sgt bersedih dgn pemergian'y! duhai ramadhan! akan ku tunggu kedatanganmu 12 bulan lagi! eh, entry psl poser 6...dah ni apsal citer pasal ramadhan lagi! adeh, sedey beb! susah la nk gambarkan dgn kata2! aku nieh failed sikit! kadang2, cara aku cakap mcm sedey, padahal aku biasa2 jerk.....mcm tula sebalik'y! susah la aku nk diskriminasikan! eh, word ape tuh! betul aku pOwn main sebat jerk!.....okeh, sgt jauh dah lari dari topik!

eh, jom poser 6! fadhilat poser 6....tau kan! bila kiter berpuasa di bulan ramadhan disertai puasa 6 hari di bulan syawal, seumpama kiter berpuasa penuh setahun ! subhanallah! senang2 jer Allah bagi ganjaran kat kiter kan! tp ader ke kiter appreciate! come-on la beb! appreciate la! do it!

Persoalan puasa 6....dulu aku pOwn sering tertanya2.....mcm-mana?....boleh-ker?...betul-ker?...tp alhamdulillah, insyaAllah, semua'y terjawab sudah!

Persoalan nieh almost utk pempuan la kot! also, boley diguna-pakai oleh khalifah2 yg meminpin keluarga! moga terjawab persoalan para pengikut kamu....-isteri-anak-cucu-cicit-cute-mute! huhu

Puasa 6 yg paling afdhal:
Berpuasa ganti terlebih dahulu, diikuti puasa 6 syawal

Kedua afdhal:
Berpuasa 6 dahulu...kemudian diikuti puasa ganti (khuatir tidak sempat menghabiskan puasa 6 sepanjang syawal atas sebab2 keuzuran)...puasa ganti kan masa'y panjang!

yg paling ringan:
berpuasa ganti+6 di buat sekali....

opst! ni bukan dalil aku wat sendiri.....ni hasil perkongsian ilmu bersama Ustaz Najib dari Usim, menerusi kelas Fekah di Masjid Putra.....

Sekian, renung2'n & selamat beramal! Wallah hu'alam~



Eid Mubarak

Mode: Puasa x cukup sebulan, raya cukup sebulan boley?

Hari ni baru 6 syawal! so, kira x terlambat lagi la rasa'y aku nk wish "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"....
The whole of ramadhan, mmg aku x dan nk menjengah blog nieh! mmg lappy ku berhabuk la sbb aku tidak berkesempatan menyentuh'y! al-maklum sebulan ramadhan, syaitan kene rantai, kene ikat! sO, rs nk berblog tuh agak kurang la kan! la ni, syaitan dah duk merdeka raya dah, kembali ke habit la jawab'y! sowi sgt2 psl da lama x update! eh, mcm la followers aku ader 1 juta plak kan! poyo teramat plak nieh apsal?
Actually, hr nieh br aku dapat rest serest2'y! mcm pelik lak word serest2'y tu kan! word tuh nk menggambarkan, tika masa & saat ini, aku betul2 dpt rest la! pasal aku dah selamat sampai ke umah.....dgn izin-Nya....tanpa ader jammed! huh, sgt bongkak plak ayat tuh! eh-aphal-nk-rasa-jammed! ni pOwn rs kepala da berpinar2, berputar2...tp aku layankan jer jari aku duk sibuk menaip nieh! seolah2, seumpama, otak tengah melambak'n sebesen cerita ke dalam blog ini! huhu.....siyes, sbnr'y byk yg aku nk story-mori, tp kekangan masa...& kesempatan berblog'g menyebabkan entry blog aku ni sgt suram & hambar!
pic raya, ader la 2-3 keping! tp, maap yer, tidak ku upload di sini utk tontonan umum! rs nak jugak tgk, bayarla! huhu
Aku bercuti raya selama 11 hr tahun ini! tu pOwn pada asal'y 9 hari sahaja! pastu pk balik, aku apply sehari awal! pastu ader request plak dr akak aku nk wat cookies...so, apply sehari lagi! pergh, packed betul jadual! Hikmah Tuhan suh aku kawin lambat! nampak? spent da 11 days with my own family! pergh, heaven!!  ^__^
Nieh aku tgh berkira2, pic aper yg patut aku upload di sini? hadehhhh.......
X de pic menarik yg aku nk upload! oleh kerana, tahun nieh, biskut raya, semua buat sendiri....eh, silap, cookies wat sendiri ader 6 jenis..pastu aku ader beli  3 jenis...tu pOwn 1 jerk kua'n ms raya...psl 1 jenis aku dah bahan siap2 time poser...& 1 lagi x kua'n psl tempat kuih raya da penuh! Siyes sgt berpuas hati hasil'y...sebab rasa'y sedapppp!! mmg habis menjadi santapan para tetamu yg dtg bertandang di hari raya! eh, bangga gitu! dapat buat kuih sedapp!! huhu..thanks to my sista yg beria2 ajak wat kuih raya!
pic aku upload utk almond london & tart sahaja...psl time nieh camera ader berdekatan! conflakes madu, conflakes choc (aku belasah je nama nieh psl mmg bahan'y cnflake&chocolate sahaja....dihiasi dgn cerry),biskut arab/suji & biskut mazola tiada pic nk diuploadkan....ader dlm hs, aku mls nk upload...psl bantal mcm menjeling-jeling aku jerk nieh...huhu....enjoice ler pic yg x seberapa yeah!

cer teka nieh kuih aper?

cukup 100....nmpk sikit jerk kan!

Tart nenas! makan panas2, ngam ho!

taraaa....almond london!

secantik, sesedap rasa! 

Siyes, kaki aku da sakit2...even td da 2x urut! huhu.....nmpk sgt aku giler wat keje raya hr tuh! ni badan da start rs x best! menandakan aku perlu rest! jgn esok x bangun nk g keje sudaaaa....
Next entry, aku citer plak best experience aku sepanjang ramadhan! 
Enjoy raya! Last not least, jgn lupa puasa 6.....persoalan puasa 6?? on da next entry!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...