Wednesday, April 30, 2014

Berangan itu free of charges

Mode: Benda free, haruslah semua org suka kan?!

Sape yg x suka berangan?? Eh, menipu sangat klu ada yg ckp dia x suka berangan…huhu…bg aku yg mmg hobi no 1 berangan nieh, berangan x salah ye adik2 kakak2 abg2! Instead of….tu salah satu cara kita nk motivate ourself utk dapatkan apa yg kita nak!
Tapi terkadang berangan aku ni out of control! Time2 yg x sepatutnya berangan pOwn, aku berangan! Bahaha!
Berangan time driving nieh…..actualy bukan berangan lahhh…”terkhayal”! nieh jadik klu aku terlampauuuu pk pasal sesuatu. Nak pegi tempat lain, aku pegi drive ikut jalan lain, tu bukan perkara luar biasa….haha….dah masuk simpang sana-sini…br aku perasan!! “alamak, apsal aku ikut jalan ni?” “eh, apsal aku exit ke sini pulak?” “adoi, camne aku boleh ke sini?”…..most of the time yg tersalah jalan nieh, FOR sure aku drive sorang2! Huhu
Latest yg paling worst, bila berangan tengah masak! Huhu….nieh lagi lah duploh kali x boley blah! Sbb akak aku kemain warning…..jgn sampai hangus! Ikut spect yg mcm mak nak! Hah, mcm tu pya warning pun aku boley zassss pegi berangan jab! Padahal mata aku pandang tepat ke dalam kuali tu!
Guess wut I got!

>




<





>




<







>








Bila tangan hinggap kt tepi kuali panas, terus berangan freeee tu pegi ntah ke mana! haaa, padan muka! kbai

Saturday, April 26, 2014

Ziarah Luar Madinah: Bukit Magnet & Ladang Unta

Mode: Ziarah ini adalah pilihan jemaah, sbb kena tambah sorang 20 riyal!

For us, dah alang2 kita sampai sini, jom la kita pegi! For info, Bukit Magnet ni tempat baru….br je 2-3 tahun baru diterokai….sebelum ni, x de pun! Jauh jugak, 30km klu x silap keluar dari Madinah. Ianya terletak kt tengah2 padang pasiaq gunung ganang! Huhu…..saujana mata memandang gunung ganang tu! Terasa membara je jiwa hiking ni! Haisy, plz behave, u are on jubah & telekung right now! Oh ya, berjubah all the time & bertelekung to where I belong, dah menjadi kebiasaan kat sini! X de apa yg nampak jangal! So plz, dun peliks! Aku bawak tudung 1 je..tp bawak 4 telekung! Huhu!
Bukit magnet ni, klu dah sampai situ, free gear kete/bas…kenderaan ni akan bergerak sendirik!!!! Believe it or not?! & masa kitorang g sini, kelajuan max bas tu ms free gear adalah 130km/h!!!  fuhh laju tuhhhh!! Distance spnjang penarikan gravity ni adalah plus minus 10km!
Kat hujung jalan Bukit Magnet ni, bas stop kejab! Amek gamba sekeping dua suplohduploh keeping, pastu makan eskrim…pastu gerak….ms balik ni la driver bas free gear. Dia siap berdiri lagi kt tepi tempat duduk driver nk buktikan yg gear mmg free…terus ms ni kitorg jerit2 suh dia duduk…haha…kelaka makcik2! Yg sebenanyeeee, aku pun takut! Hahaha…laki aku kt mesia oiiii…..

kitorang naik Merc

Ni sesi apa nieh? huhu
actually, pemandangan cantikkkk sgt kt sini

eh, vios! hehe
miss u b!!
i love thiz pic mom!
but i love u more than this pic!
jom makan eskem! satu eskem = 2 riyal
end of jalan kt bukit magnet ni, roundabout...
a bigggg roundabout
boley dgr kete berdecit2 tayar, sbb start dr sini tarikan magnet tu...
Habis Bukit Magnet, kami ke Ladang Unta plak..mutawif kata, rezeki kami lahhh….sbb selalunya ke Ladang Unta ms kt Mekah je….ni, kat Madinah pun kami dapat jugak! 1st time minum susu unta….ikhlas aku cakap=sedap! Sorang minum sebotol! Sebotol kecik mcm botol air mineral tu, 5 riyal je….tp bila dah bwk balik bilik….susu tu ¾ je botol tu..sbb buih2 susu tu dah hilang…huhu….
Mutawif kata, elok minum susu unta ni…especially utk org pompuan….in syaa Allah terhindar dr kanser2 yg bersangkutan dgn pompuan…kanser rahim/payudara etc! for ur info, org arab sgt jarangggg dpt sakit kanser! Allah hu, terasa nk duk arab pulak! Hehe…..
& kami minum susu ni, esoknya semua melawas! Haha, syok woo! Sila Q masuk toilet! Habis semua terbuang! & im spotted something weird! Wallah hu’alam….semoga ianya bekas2 cyst yg masih ada dalam badan….its been flush from my body  after drnk that milk! Perhaps!!

Unta di tgh2 pdg pasir is better dr unta yg di bela kt kebun2/hutan2 etc


kambing pun ada!
 




rumah2 pengembala unta!
they sgt down to earth!
klu kita, mampuuu x nk duk umah camni!?
open air ruang tamu! Allah hu....

Friday, April 25, 2014

Ziarah Luar Madinah: Masjid & Ladang Kurma

Mode: Aku berpijak di Bumi Madinah, tp perasaan menghantui diri…merasai  ‘tidak mencukupi’ yakni aku ingin waktu berlalu dgn begitu lambat di sini….supaya setiap bait saat yg berlalu, dapat aku manfaatkan sebaiknya…..& dapat aku terjemahkan betapa aku mendambakan utk menjejakkan kaki di sini


Alhamdulillah…kami berpeluang menziarahi tempat2 bersejarah di bumi Madinah. Ziarah luar pertama, kami di bawa ke Bukit Uhud! Pertama kali jejak kaki ke sini….& mutawif ceritakan betapa dasyatnya perang Uhud….Allah hu Robbi! Dgn kepanasan sehingga 55 darjah c….panas terik matahari…kita yg br cecah 30 lebih darjah c ni pun dah x larat! Dah terasa betapa bahangnya panas matahari ni….& pada perang inilah Nabi melihat sendiri sahabat2 Baginda dipotong telinga, dikerat jari….Nabi sedih sbb dia x boleh buat apa2….sebab, klu Nabi turun dari Bukit Uhud, tentera islam akan kalah.


Bukit kecik kt depan ni, adalah tempat kumpulan memanah duduk

pembangunan di sekitar Bukit Uhud

Wadi (sungai) yg kering


Wadi yg ada pokok2 nilah tempat tentera islam mendapatkan bekalan air
Destinasi kedua: Masjid Jum’ah, masjid pertama yg melakukan Solat Jumaat (masjid ni juz drive by, x singgah)….diikuti dgn Masjid Quba’…..yg mana jika kita dalam keadaan wudhuk dari rumah (hotel), & solat di Masjid ini….kita diberi ganjaran pahala bersamaan dgn ganjaran pahala 1 kali mengerjakan umrah….
Mutawif yg bawak kami ms ni cakap…”beruntung kita, belum pun sampai ke Mekah, Allah dah bg kita pahala mengerjakan umrah”…Ya Rahman, Ya Rahim….sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.
Ziarah luar kami ni pada hari sabtu…umum mengetahui bahawa hari sabtu adalah hari cuti bg Arab Saudi…& hari jumaat jarang yg membuat ziarah luar. Oleh itu, keadaan di Masjid Quba’, MasyaAllah penuh dgn umat manusia. Melebihi padatnya manusia di Mekah, bak kata salah seorang jemaah rombongan kami.
Namun, jika Allah izinkan, tiada yg dapat menghalang. Kami dapat menunaikan solat tahiyyatul masjid & sunat dhuha….solat sunat ini tertakhluk kpd bicara masing2…..kedua solat sunat ini juga adalah saranan dari mutawif kami…


Mutawif student Uni. Madinah, yg pakai jubah light turqoise tu..

Dalam Masjid Quba', bhgn atas

Allah hu, packed!

psst: Angah, plz text me klu dun like pic ni being publish!
but, i do....like this pic! soo much! love all of u
Angah-Mak-Adik & me (tukang amek pic)

Ooo Allah, plz let me come again!
Selesai di Masjid Quba’….kami di bawa ke ladang kurma. Jarak antara kedua tempat ini hanya berdekatan sahaja. Utk pengetahuan umum, pokok kurma hanya berbuah setahun sekali…..
Kurma Ajwaa atau lebih dikenali sbg kurma Nabi ada bermacam versi…..which is kita boley dapat dgn harga serendah 50 riyal atau setinggi 100 riyal per kg. Tapi, tau x apa yg membezakan harga kurma Ajwaa ni?
Kami bertuah krn mutawif yg membawa kami utk ziarah luar ini adalah seorang pelajar di university Madinah. So, dia yg byk bg penerangan kt kami….ok, kurma Nabi yg paling elok, adalah kurma yg ditanam di Bumi Madinah. Kurma ni yg mahal….sbb khasiat dan syafaat nya lebih baik…..
tapi, yg kita dapat murah tu, ditanam di luar Madinah….that’s why boley dapat harga 50 riyal! So, boley faham ye! Lagi 1 kurma yg suggested to buy…adalah kurma Baniy….kurma ni elok kita makan sebab dgn izin Allah, ianya dapat buang segala racun dalam badan kita. Harga kurma Baniy ni 30 riyal 1 kg.
Kurma x masak lagi! nyumss

Pokok2 kurma....mcm sawit :)

Kacang ketawa pun boley beli sini! tapi not recommend! mahaii


Sincerely to say, x amek pic pun dalam pasar yg jual kurma/gula2/coklat & wut so ever banyak nyeeeee x terkata...sbb makan is halal, tp nk bawak balik kene beli! so makan jela kejenya! haha....

Seterusnya, kami  melalui Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat). Di Masjid inilah, Nabi Muhammad SAW menukar kiblat dr kiblat pertama (menghadap Baitulmaqdis) ke Mekah. Sebab apa Kiblat ni bertukar? Sbb Nabi berdoa supaya Allah ubah arah kiblat kita sbb x nak menyamai arah kiblat org kafir…& Nabi berdoa berbulan2 utk ubah kiblat ni….so, Nabi yg maksum tu pun doa lama utk minta Allah kabulkan doa dia….apatah lagi kita yg cela ni. Jgn igt, sekali kita dah doa, terus Allah nk makbulkan, teruskan berdoa utk apa yg kita hajati, sbb Allah suka dgr permintaan kita! DIA suka mendgr doa2 dr kita! Teruskan bedoa utk apa yg kita inginkan! Jika ianya baik, in syaa Allah, DIA akan perkenankan.





Sekian N3 ziarah Luar yg pertama!......byk pic, semoga terpesonaaaaa......dah kul 2am, nk tido dulu! x pasal2 esok x terbgn pi keje...





Friday, April 18, 2014

Raudhah

Mode: "dan diantara mimbarku & rumahku, adalah bahagian dari Taman-Taman Syurga”


Day 3 klu x silap, br kami dapat masuk raudhah. Ni pun x de sape yg bawak, pasal travel agency x de mutawwifah (mutawif pompuan)…Cuma tanya ustaz tu cemana nk masuk? Pintu mana & so on lahhhh yg berkaitan.

Waktu masuk raudhah bg kaum Muslimat:
7pg-9pg (Fajar)
1ptg-4ptg (Lepas Zohor)
9mlm-11mlm (Lepas Isyak)
Ni lebih kurang la, sbb dia x tulis actual time…dia tulis Fajr/after zohor/after isyak….camtu la
Muslimat x leh masuk raudhah sesuka hati ye! Kene ikut time! Kaum muslimin x pe, 24 hours boley masuk tsk! Tsk! Jeles betul taw!

1st time kitorang masuk, lepas isyak…..lepas makan, kitorang g Masjid balik. Sebelum tu kitorang dah riki pintu masuk raudhah. Rupanya tu pintu utk muslimin jerk. Kaum Muslimat sila ke pintu Saidina Ali ye….pintu 25-29…ni dekat dgn main gate (depan bin-dawood)…klu masuk ikut gate dari bin-dawood tu, pintu 25-29 ni belah kiri.
Nak masuk ke raudhah, kita akan diasingkan ikut Negara….macam kita, Malaysia, akan sekali dgn Indon & Brunei….sbb kita nih kecik! Jgn nk verangan masuk sekali dgn group arab/iran atau india! Haruslah melekat kita kene himpit dgn durg, sbb durg ni badan besar2..tinggiiiiiiii! sekali dia kuis je kita ni…haaa, menjawab!
Disebabkan 1st time masuk ni, kitorang dah waste time mencari pintu masuk…(sebab dah tgh malam, x ramai sgt org2 melayu/indon yg kita boley cakap bhs Melayu) sume yg ada pun, pak2 arab jerk! Adeh~but, at last, Alhamdulillah, dapat jugak masuk….
Time ni kitorng main tipu sikit….x ikut group...sbb dah lewat malam sgt! plus2, takut adik tggu kitorg lama sgt kt tempat janji sblm masuk td.... Time penjaga tu x nampak, aku tarik tangan akak aku zass terus masuk! Rupanya kt dalam kene tggu lagi! Bila Nampak ruangan makam nabi, terus bergenang air mata ni….time ni plak akak aku byk kali tye….”kita dah kt makam Nabi?” haisy, aku dahla nk control air mata dr jatuh, dia plak kejab2 tye! He~
Bila kami dapat je masuk kt raudhah, punyalah berhimpit2 sampai x nampak kaki…masya Allah, ramainya umat Nabi! Dah x nampak karpet, camne nk tau yg kita dah kat karpet hijau ke belum? Huhu…bila dah betul2 kat sebelah makan Nabi, aku pandang bawah…..nampak lah jugak karpet tu wane apa! Allah hu, dah kt atas karpet hijau rupanya! Airmata ni meleleh tanpa dapat aku sekat. Terus ckp kat akak aku & terus solat sunat! Walaupun org berhimpit2….tp Allah bg ruang utk kita solat! Ada ruang utk kita sujud! Allah hu Robbi! Betapa besar kekuasaan-Nya! Masa ni dapat solat dekat sebelah Makam Nabi & bila bergerak nk keluar tu, ada ruang utk solat kat area belakang2 mimbar Nabi…..

Raudhah ni, walaupun org datang 24 jam tanpa henti…..tp bila kita sujud….Allah, wangiiiii je bau karpet dia…. *rinduuuuu

Makam Nabi, bawah kubah hijau ni...
ni amek dr lua...area tempat masuk muslimin

Nilah bangunan asal Masjid Nabawi...berbeza sgt kan dgn yg skrg...
yg ni dijaga....x ubah 

Tenang hati ni...susah nk digambarkan dgn kata2

Pic snap by adik...ni kt tempat Muslimin...
bl dah habis waktu muslimat, border muslimin/muslimat dia bukak


Belah kiri tu makam Nabi....klu dr tempat muslimat x nampak ye...
covered by penghadang wane putih...dunno why, kaum muslimat ni extreme sgt kot!


Sblm masuk ke raudhah, berkumpul dulu....duduk ikut negara..
meh ler kita duk sekali dgn kakak2 indon!

Penjaga raudhah ni boley berbahasa indonesia ye!
siap bg tazkirah dlm bhs indon. aku curi2 amek pic!


Siap ada papan tanda "Bahasa Malayu"
ataupun "Malaysia"


Luar Raudhah. snap by adik ms dia pegi raudhah in the middle of night
Disebabkan kami ke Madinah dulu sebelum ke Mekah, so x nak all out sgt! sbb umrah (yg wajib) x buat lagi....alhamdulillah, kami berkesempatan ke raudhah 3x...pagi-tgh hr-malam...
Dari ketiga-tiga waktu ni....pegi lepas subuh, is suggested! lepas subuh tu, pegila balik hotel dulu....sarapan....sebab ms aku g lepas subuh tu, nk wat ziarah wida'.....pukul 8 kt area menungu tu lagi! mmg lama...rs nk give up menunggu pun ada....
Then dah nk dekat raudhah tu, tunggu lagi....group msia/indon dia bg masuk last sekali.....by 10am br dapat masuk...TP, berbaloi penantian tu! mmg Allah bagi ganjaran cash! kat raudhah lengang org! x berhimpit2! dapatlah spend time lama sikit! aku nieh spesis tamak, sampai terlupa2 nk doa ituini.....then solat lagi....doa lagi....tapi, puaslahhhhh! terbayar penantian yg dr pukul 6-10 pagi tu....

Kami bawak mak ke raudhah ms tgh hr...lepas zohor! kami skip makan...sebab x  nak lambat. Ya Allah, time ni org SGT3x ramai....mmg crowded sgt kat raudhah! kami dapat solat area belakang2 mimbar tu je...kt penghujung karpet hijau...tu pun tggu turn nk solat! ms tgh tggu turn tu, siap org jatuh2 depan row kami....sampai hampir2 kene pijak2...nasib baik ada org yg tukang jaga raudhah tu sempat tarik...seriau tengok.....& kami bawak mak masuk raudhah, sekali ni je....x nk mak sakit2 badan berhimpit2 dgn crowd....sbb lepas ni nk ke mekah pulak....

Masa masuk 1st time yg belah malam tu, ramai jugak.....berhimpit2 jugak, tp x seteruk yg masuk lepas zohor....overall spend time 2 jam la klu nk g raudhah ni....tp yg masuk lepas subuh, plus minus dalam 6 jam kitorang tggu...tp berbaloi....





Thursday, April 17, 2014

Masjid Nabawi

Mode: Aku berjumpa Nabi di sini! Di sini aku semakin rindu! Di sini aku bermohon agar Allah membenarkan aku beroleh syafaatmu duhai Kekasih Allah


Sebelum flight landing kat Madinah, pilot ada bgtau…..pandang kt sebelah kiri…nampak 1 kawasan yg banyak cahaya putih…itulah Masjid Nabawi! Sentap hati ni….terharu & keliru…adakah aku bermimpi bahawa aku telah berada di sini….di bumi haram, di sisi Nabi!

1st day sampai sini, dapat kunci bilik…terus pesan kt mak, nanti siap2, kita g Masjid Nabawi. Then mak Tanya, tau ke camne nak pegi? Ms ni dalam hati aku jawab, kita boleh pegi!
Sebelum masuk bilik,Mutawif ada ckp, berkumpul bawah hotel….nanti dia guide g Masjid Nabawi. Tapi bila turun, x Nampak dah mana….., kami juz follow je ke mana crowd pegi….dr hotel dah boley Nampak Masjid Nabawi tu…..terang sgt! Allah! Sayu!
No wonder ms kursus umrah, durg pesan suh bawak sejadah….sbb klu pegi lmbat ke Masjid ni, mmg solat la kt mana2 dlm perkarangan masjid ni….thats why penting sejadah tu. Agak2 dah sesak, terus je bentang sejadah. Ada pintu2 yg dikhaskan utk muslimin & muslimat! So, dun worry. Day 1 nieh, kami sempat solat subuh kat luar masjid je….sbb kami sampai dah nk dekat subuh….dalam dah penuh! Lagi pun x de pengalaman lagi….ikut jela org. he~
Masjid Nabi ni luas, masyaa Allah! Klu pusing 1 masjid, mmg lengoh2 la kaki…..sampai siap pitstop kejab minum air….huhu..tp, luas2 pun, setiap sudut penuh umat manusia….macam2 ragam! Macam2 bangsa!


Dari pintu masuk, ni yg disajikan utk tatapan
sekalian pancaindera! 

Klu lambat, kt lua ni penuh org solat!
str8 depan ni, ruang solat muslimat.
ada polis yg jaga, kaum muslimin x boleh masuk

Senibina dalam Masjid

Dunia pun dah cantik, syurga bagaimana?

Payung ni bukak ms azan pertama sebelum subuh
& akan tutup 5.30 petang

ruang ni akan terbuka ms siang!
nyaman sungguh!

penghadang ruang antara kaum muslimin & muslimat

otw jumpa Nabi!


already miss this place even ms tu aku kt situ lagi..
how sad!

air zamzam kt dalam masjid! rindu nk solat tepi air zamzam ni..
boley minum sampai puas! ada yg sejuk & x sejuk!
me prefer sejuk, tp mak jeling2! okeh, amek yg "Not Cold"
kt lua masjid ada tempat minum jugak, tapi tu bukan air zamzam yeah!

ruang atas terbuka pagi &  lepas asar kot!? ke zohor!?
can't remember!

ala, rinduu sgt kt tempat ni!




tandas semua kat bawah tanah ye! luar masjid

payung tutup by 5.30..
str8 ni makam Nabi (pintu masuk bagi kaum muslimin)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...