Friday, October 26, 2018

Family Insuran

Mode: Insuran individu atau berkelompok?

Since dah ada pertambahan amanah Allah. Kira- kira kena buat balik. Kalau nak maintain macam sekarang, Medical Card by individual, kopak la sikit. As assume, total amount spending for Medical card should not more than 10% from salary. Solutionnya, kena lah bertukar ke family pakej.

Walaupun memasing semua dah pernah warded, makanya redah sahaja lah walaupun dengan insuran baru nanti, existing illness yg pernah warded dulu tak cover. Layan jelah. Dulu pun duk pakai plan individu, siap kena rejectkan. Sakit hati tak habis lagi taw. Jangan memain dengan hakak. haha. Since yg sblm ni aku yg recommend, so kali ni aku biarkan hencik hubby settlekan semuanya. Ehem, termasuk bayar bulan-bulan sekali boleh? huhu

Gais, korang kalau nak ambik insuran kan, tak perlu ambik yg ada saving! Nampak tak tanda seru tu. TAK PERLU yer. Aku punya plan yg aku masuk tahun 2012, tak pernah warded swasta, by 2018 aku nak keluarkan saving ada RM499 je weh. Hapekejadahnya semua ini. Korang kalau nak saving utk anak, adalah lebih baik korang allocate je saving sendiri tetiap bulan. Walaupun payah yakmat, aku tahu tu. Korang masuk je Tabung Haji. Susah nak keluar. Haha

Family pakej, ambiklah yg cover Ketua Keluarga lebih sikit. Supaya anything happend, yang ditinggalkan tak terkapai-kapai nak teruskan keberlangsungan hidup. Ada jugak cash nak makan. Bak kata sape ntah aku dengar ceramah ker aku baca, tak ingat dah. Korang kalau anak meninggal pun nak sedih berapa lama je. Tapi kalau partner korang yg pergi dulu, amacam beb? Tak terjangkal otak ku ini. Dia balik keje 5 minit pun aku dah rasa hape je dah. Haa, camtulah. Fikir-fikirkan kebenarannya.

So, dari Pru Bsn ke AIA, kornag rasa ok ke eh? bekira-kira jugak. Macam nak stay je dgn yg sekarnag ni pun ada. Tp lakiku kata, tukar je. Nampak tak arahan dari Ketua Keluarga. So doakan kali ni dapat agent yg berhati mulia, yg sanggup bersusah senang bersma. Gittuw kekdahnya. Yelah, atleast client sakit ke hape ke, munculkanlah diri. Nampak sikit tak makan gaji buta.

Ok gais, see u nanti kalau ada entry baru


Friday, October 12, 2018

Tips Elak Jaundice

Mode: Eventho jaundice & baby nowadays is common, but prevent is better than cure. Kan?

Harraz dulu prolong jaundice, whice is sebulan lebih gais. Menangis umi dia tgk anak kena cucuk. Sampaikan masa awal-awal nak kena ambik darah untuk check bacaan kuning tu, aku x masuk. Aku bantai menangih kat luar makmal ambik darah tu. Laki aku pi bawak anak cucuk ambik darah. kahkah. Orang tengok je. Drama sungguh seorang Umi. Oooo Harraz, kalau dah besar nanti dapat baca blog umi ni, ketahuilah cemana sayangnya umi kat Harraz tau.

Walaupun Harraz kuning lama, tapi takdelah sampai kena warded. Almaklum sebab wad kat Putrajaya ni sentiasa penuh. End up kena buat check up kat Paed Hospital Putrajaya. Kena details check organ dalaman through air kencing & darah. Aku siap google cemana nak keluarkan air kencing baby. Tiba hari tu, makpak dia sorang pun takleh masuk. Tetau dah settle. And, alhamdulillah Harraz sihat je. Tu maybe jaundice sebab breastmilk. Ko boleh terima tak sebab dia?

Time adik Harraz ni, aku dah plan dari awal. Memang masa sebelum preggy lagi dah minum Susu kambing, so teruskan je. Orang kata susu kambing ni panas, takleh minum masa awal pregnant. Pastu aku tanya doktor sendiri, doktor tu cakap tu semua mitos. So aku minum jelah susu kambing ni disamping supplement dari klinik.

Susu kambing fresh ke yg aku duk minum tetiap hari ni?
Takla uols, hape ingat aku ada ladang kambing?
Doakan jelah. Who knows jadi kenyataan pulak nanti.

Susu kambing Umaima.
Kenapa aku minum Umaima ni? Actually aku dah test dulu masa Harraz duk mabuk susu masa dia 10 bulan kalau tak silap aku. Mabuk susu tu please read as menyusu kemain kuat. Sampai stok macam nyawa-nyawa ikan je. Start dari ni lah aku amalkan Umaima. Dari seorang tester ke pengguna. Meng agentkan diri. Pastu, taraaaaa menstokiskan diri.

Tapi kenapa Umaima?
Umaima ni memang bahan asas dia susu kambing. Pastu ada campuran 15 makanan sunnah. Lelaki pompuan boleh minum. Takde hal. Bukan takat buat kulit ko cantiks, dia gain energy jugak. Takdelah lelah nak menjaga anak pagi ke petang ke malam. Hape ko ingat seorang mak ada masa untuk rehat? She works 24h per day tau! kang baru nak lelap, anak menangih nak susu. Time menyusu bukan boleh tido sgt pun. Maka, hargailah sekalian mak yg ada di muka bumi ini.

Ok, actually laki aku darah type O. Orang kata memang tak boleh lari la. Anak confirm jaundice punya. Aku tak puas hati la weh. Kenapa nak salahkan darah tu. Kesian dia. Darah aku pulak type AB. Mari kita buat ujikaji.

39w 2d mengandungkan 'Ayyaasha. Ntah berapa kotak Umaima aku dah telan. Alhamdulillah, syukur jaundice tak tinggi macam Harraz dulu. Kejab je dia menyinggah. Dalam 5 hari camtu. So, memang terbukti. Susu kambing proven!

Korang kalau anak kuning, JANGAN g suap susu kambing tu kat anak pulak. Mak budak tu yg minum susu kambing tu, budak tu bf je. Breastmilk kan the best susu ever! Nak ragu lagi buat apa.

Ok lah, yg nak details lagi pasal Umaima, boleh intai-intai instagram umaima_putrajaya. Banyak info boleh dapat kat situ. Korang purchase sekarang ada FREE gift best menanti. Apa tunggu lagi?

Ok bai. Nanti kalau rajin aku hapdate amalan apa lagi aku buat utk elak jaundice baby. Doakan rajin taw. huhi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...