Saturday, August 12, 2017

Insuran Decline

Mode: Agent insuran memang ada sejenis perangai ke masa entertain customer?

Korang amek insuran hape weh? Aku vengang sebenarnya nih.
Tula masalahnya.
Sebelum aku citer lebih, aku nasihatkan kalau korang nak amek insuran, JANGAN amek dengan sedara-mara! sebab? Susah nak maki.

Hamboi Umi Harraz, kemain nak maki orang.

Actually, insuran utk Si Soleh Harraz memang kitorang decide utk amek lah. By that time mmg tak nampak insuran lain pasal kitorang dedua amek insuran yang sama. Since my cousin nieh agent, konon siap cakap later on kalau dia takde, adik dia pun wat insuran, can take over, so fine lahhh.

Awal2 lagi dah poblem. dah bagi salinan ic, surat beranak semua, esoknya tu dia wasap mintak balik. Bini dia dah delete! Aku macam?!?! apa masalah kau ni. Dahlah deal dgn laki aku kot. Takpelah, pejam mata jelah, sepupuuuu lah katakan.

Then, laki aku buat deduct akaun bank. Poblem jugak. Dah hantar sekali lagi kat bank, tak ok jugak. Padehal insuran dia ok je deduct akaun yg sama, insuran company yg sama. Time ni laki aku fed up dah. Agent suh laki aku plak call bank setel poblem. Eh, agent apa guna eh? ker mmg taguna?

Benda nieh dah dari anak aku lahir kot. Dah nak masuk 2 tahun dah budak tu. Aku ingat semua dah ok. Hari tu ada lapsed jugak. Ada bulan yang bank tak potong. Bayar manually. Sampai laki aku suh agent lain yg tlg bayarkan. Malas dah nak suh agent tu. Siap laki aku nak g bayar sendiri pulak kat company tu. Hadoi.

Then, Harraz demam on off hari tu. Ada nak masuk 2 minggu dah. Laki aku bayar in advanced dah pun sampai bulan depan. Maghrib ahad tu, laki aku dah wasap agent, tak reply. Kol tak jawab. Hati aku bengkek dah ni. Takut laki aku bising kang. Hape punya agent lah. Boleh mati client camni nak tunggu dia reply kalau urgent case. Ker camne?

Then aku sedapkan hati, anak dah tak panas ni, kita tengok esok camne. Then esok kitorang keje mcm biasa. By 3pm camtu, Taska bagitau, Harraz dah panas. Pagi tu agent baru reply. Laki aku tanya ok tak kalau nak guna Medical Card, agent kata takde masalah. Boleh je guna. Card tu pun tak pernah lagi terminated. Laki aku pun dah siap bayar in advanced for next month. Ok fine

Membawak lah kitorang ni ke KPJ Kajang. Buat jelah prosedur biasa. Amek darah semua, xray. Pastu masuk ward. Doc cakap infection dalam paru-paru tinggi. We both tak pernah sekali pun tanya Doc, warded ke tak. tanya pun tidak ye, ni kan pulak push nak masuk wad. Hape ada ke makbapak yang suka anak warded woi? Adoiyai.

Malam kul 8 baru naik ward. Hospital swasta pun lambat serupa gomen jugak. Wut the? huhu. Bertabahlah. Then masa nak check in tu, Hosp minta bayar deposit Rm500. Aku dah macam pelik, bukan insuran Harraz punya plan takde deposit ke? Tapi sebab badan pun dah penat, anak pun dah tido kat bahu ni. Mehla bayarkan je.

Dah naik bilik, sekali dapat mesej, Insuran Decline. Then, baru agent kol, bagitau "insuran macam decline je ni". Then laki aku tanya, dahtu cemana. Kau tau dia jawab apa? "Samada kau keluar sekarang atau kau bayar sendiri." Terus laki aku pas tepon kat aku. Betul bengang dia.

Tarik nafas, turun nafas kitorang ni. Kesiankan anak. Dengan tangan abis kene cucuk tadi nak masuk line. Dengan badan dia panas. Dengan dia baru nak tido. Pastu agent takde otak ni suh keluar time ni? Laki aku pi turun kaunter bawah, kater bil dah 1.2k. Ok fine. Nak discharge that night, KPJ tak bagi sebab takde Doc in charge nak sign. Tau agent cakap apa? "kau lari je"
Agent cakap kitorang beria yang nak warded, tuh yang tak tunggu GL? Apekehal nieh? kitorang dari sampai tadi tak tanya pun Doc perlu warded ke tak. Doc yang suruh warded. KPJ cakap kitorang yang push nak warded. Fuhh

Aku tak tau pulak samada agent aku ni ada masalah mental ke hape? Sampai aku text dia "Anak kau tak pernah sakit ke?"

Insuran decline sebab date anak aku start demam tu dalam cooling period yang lapsed tuh. Aiseh. Dia marah aku pulak, nape cakap anak demam dah lama. Pastu kenapa tak bagitau dia nak g KPJ. Aku baca balik wasap laki aku, mmg dah bgtau pagi tu. Takkan client yang nak kena update agent weh? Komisyen kau makan bulan-bulan tu duit sape?

Malam tu je, dah 3x kot laki aku turun naik kaunter dgn bilik wad tu. Penat memang penat. Then kitorang amek keputusan, stay je for 1 nite. Since agent pun  cakap, esok try Doc ammend tarikh demam.

Dia cuba datang pagi, tapi nak pi anta anak sekolah dulu. Nak je aku sumpah dia masa tu. Client kau ada poblem, kau boleh cakap macam tu lagi. Patutnya malam tu kau dah tunjuk muka nak suh kitorang discharge sangat.
Then kalau dia tak sempat sampai masa Doc round, suh aku cakap dengan Doc nak ammend tarikh.

Anak aku start merengek dari kul 2 sampai 5. Ya, pukul 5 pagi baru dia lena tido. Badan dah gigil sebab panas dalam.

Pagi tu, Doc dah siap round, Nurse cakap Doc ammend date ke 21. Bgtau agent, dia cakap kena ammend lepas 21. Hadoi. Memang gila agent ni aku rasa. Cakap tak terang.

Pastu try anta lagi sekali kat agent. Tapi kau tau lah company insuran ni, time nak suh kita bayar mmg cepat. Time dia nak take action, macam siput babi lembap dia. Dah accept request gl tu, dia minta review dari parents pulak. Dah sent review parents, dia minta review staff KPJ pulak. Wut the hell is going on actually. By 11am, kitorang decide, discharge jelah. Tu pun by 2pm baru setel. Lepas laki aku dah pi masuk bilik Manager on Duty.

Agent mana? last nite dia kata pagi nak datang, sampai pukul 2, batang hidung pun tak nampak.
Bila aku tunjuk bil Rm2k++, dia cakap "kan dah 2k"

Sedikit pesanan ringkas untuk agent-agent insuran yang makan komisyen dari duit client. Ehem, duit yang korang guna bagi anak bini makan.
Client tak pegi kursus insuran tu. Di tak tau apa yang boleh apa yang tak. Ada cooling period etc. Korang lah yang kena brief client. 6 tahun kot korang makan komisyen.
Client tak harap pun korang bentang red carpet masa client sakit nak pegi hosp, tapi bila ada kes macam ni, turun lah padang.
Nak Ammend date, nak bertekak dgn pic KPJ, bukan keja client.
Bila kau cakap, akan cuba claim balik bil hosp, janganlah buat senyap je. Jumpalah client tu. Ni sukahati kau je nak buat senyap.

Kepada #ejenrider tersebut, susah aku nak maafkan kau ni.
Terima kasih atas penganiayaan sebegini.
Aku doakan takde orang lain yang terkena macam ni.
Yang mampu nak bayar ok lah, yang tak mampu apa citer?
Tolong entertain client korang baik-baik. sumber rezeki korang tu kot.
Terangkan betul-betul bagi client faham.

Ada tak agent insuran P******** B** yang berkaliber buat keje. Aku nak tukar agent ni. Untuk anak aku ngan aku sekali.
But, make sure korang boleh angkat phone call bila client call.
Boleh reply wasap client yang urgent nak guna Medical card.
Tolong wasap 012-3730430

Sekian, terima kasih




Thursday, August 10, 2017

Big Why

Mode: Somehow, kita perlukan something untuk keluar dari Zone Selesa

Lama dah tak bersiaran. i is busy uols
Anak baru satu padehal. Eh, 4 dah pun.
Cuma tak nampak yang 3 itew.
kehkehkeh

Chill lah, nak sedih-sedih buat apa.
Bukan semua orang Allah izin punya harta di syurga.
Tak gitu?

Guys, just nak sembang-sembang.
Sembang kosong jerk ni.
Bukan sembang kasi gajah terbang!
haha

Live in 21 Century.
Stress tak korang.
Makin lama barang makin mendadak naik.
Hadoi.
Tak guna nak salahkan sesapa. Yang penting kita sendiri yang kena move on!
Bergerak! Bergerak, buat sesuatu.
Nak harapkan orang kesian kat kita? Jauh sangat bermimpi tu.

Big Why aku untuk keluar dari Zone Selesa ni adalah anak.
Ya anak!
Rasa sedih, terkilan, kecewa tatkala terpaksa tinggalkan anak kat Taska masa kau keluar keje, adoiiii Tuhan je yang tau apa dalam hati ni. Dalam pada tu, aku berjanji dalam diri, 1 fine day, Umi no need nak hantar uols macam ni lagi.

#SisCuba
#JanganKecam

Haa gitu.

Then another Big Why is Parents.
Korang tak tau cemana terkilannya aku tak sempat buat apa-apa utk happykan hati arwah Abah dulu. Tak dapat bawak naik flight,
Tak dapat pegi Tanah Haram,
Tak dapat jalan-jalan
macam-macam lagi wehhh.
Padehal dulu kira mampu je kot kalau nak betul-betul buat. Gigih lah sikit menyimpan kan. Tapi tak sempat. Eventho ticket flight pun burn. Boleh baca kisah ni dalam N3 lepas-lepas.

Ada lagi Big Why?
Eh opkos.
Hutang! aku nak clear hutang cecepat sebelum mati.
Risau kang Allah hanging roh aku antara langit dan bumi kalau tak setel hutang ni.

Tu je big why aku untuk bertindak!
Kalau korang rasa dah cukup senang, tak perlu dah create income tambahan, carry on.
Tapi nanti susah, serius talk korang akan hadapi sorang-sorang. Takde sape nak teman.
Ini realiti hidup yang kau kena harung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...