Thursday, August 9, 2018

Officially Mother's Of Five

Mode: Alhamdulillah, wa syukurilah

Baby August.
Selamat semuanya dah. Bila mengandung, duk risau nak bersalin pulak kan. Terbayang bayanglahhhh suasana dalam Labor Room tu. Seram sejuk oi! Dan kali ni, alhamdulillah hencik suami dapat teman lagi macam sebelum ni. Yg best, kali ni siap dia teman dari awal. Dari contraction 5cm sampailah selamat keluar seketul budak! Selesai keluar tu, dia siap cakap, cukuplah dua ni. Kesian dia tgk wife dia mcm nak mati. hehe.

Eh, takyah lama eh, baru seminggu dia boleh cakap aku pulak yg cakap cukuplah yg ada ni. Eh? Hamboi, kemain kan. Tengok anak comel, terus dia lupa apa dia cakap. haha. Sabojela.

Banyak Allah permudah kali ni. Dapat bersalin hospital kat rumah. Trauma bersalin pun berkurang berbanding sebelum ni. So u guys, memang kena give your 200% support to your wife lepas bersalin ni taw. Masa dia paling weak! Nak buat apa-apa semua perlukan pertolongan. Give your help please. Apalah sgt nak banding dengan dia bertarung nyawa nak keluarkan zuriat korang.

Thanks to my hencik suami. Mmg byk sgt membantu. Agak mencabar sikit kali ni sebab nak jaga hati yg nombor satu tu dulu. Kesian pun ada tgk dia. Adoi! Yg jarak 3 tahun ni pun cenggitu gayanya, cemanalah yg jarak tak sampai setahun tu erk.

Pengalaman bersalin kat Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Presint 8 Putrajaya nanti aku update dalam next N3. Kemain dalam pantang kejenya duk memblog. haha. Ok apa, nak hidupkan balik blog yg ditinggalkan bersarang ni weh.

Too many things to story, yet, less time to create any new post. Haa gituw. Nanti nak share tips sikit utk prepare bersalin & tips utk BF anak sampai cukup umur dia 2 tahun.

Anyway, cuti 3 bulan is ON


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...