Mode: Ianya masih belum terlambat selagi kita belum di masukkan ke dalam lubang kubur!!!
Jika alasan kita, kita masih muda:
~tidak pernah kah kita mendengar bayi mati ketika masih di dalam kandungan?
~tidak pernahkah kita melihat kanak-kanak mati sebelum sempat menginjak ke usia dewasa......waima usia remaja?
Jika alasan kita, hidayah belum diterima:
~apa jadi jika kita mati sebelum hidayah 'menjengahkan diri'?
~mungkinkah terjadi hidayah datang mencari diri jika bukan kita sendiri yg berusaha dan terus berusaha lagi?
Jika alasan kita, kita belum puas enjoy menikmati dunia:
~adakah kita yakin bahawa kita sempat bertaubat sebelum Izrail menjemput pergi???
Apa pun alasan kita, jgn menunda pintu taubat! kerana, boleh jadi bila-bila masa sahaja, nyawa kita akan diragut pergi!!!
No comments:
Post a Comment