Friday, August 23, 2013

Laparoscopic Endometriosis Part 2

Mode: Adakah aku sudah terlambat utk mengamalkan gaya hidup sihat?


Sejak mengetahui aku penghidap penyakit itu, hasil bantuan pakcik google, aku menemui bahawa amatlah baik utk org2 mcm kami ni mengamalkan makan sunkist & peria! YES, peria yg pahit itu. Klu mak aku masak peris tu campur wat gulai kan, peria tu lahhh yg aku kais2 x bg masuk dalam pinggan aku! never! huhu...& now kene makan mcm tu je! haaa, padan muka aku! couples of days aku jadikan ni sbg menu break fast! yummehhhh x boley blah!

24/08/13
Surat refer to Hospital aku peram! mana tau kot2 boleh jadi pekasam!! *sigh
Aku tunggu 24hb sbb tempoh matang medical card by 23rd. Tapi, boley plak agent cakap, kemungkinan aku kene bayar 50% dr kos sbb cyst tu dah ada before 120days dr tarikh aku register! terus aku wat muka ketat2 dgn agent (padahal sembang dlm phone je).....& terus mengorak langkah memanjat Hospital Kerajaan! Call hospital, dia suh aku pegi mana2 klinik utk dapatkan surat refer hospital. So, pegi je klinik bawah opis, mintak doc kuakan surat! Time ni br la doc terkedek2 nak scan perut aku! tau plak terkejut & suh aku wat immediate operation! Aku naik opis dgn surat di tangan! Duk pk kat meja opis jab....ting-tong-ting-tong, aku blasah jela redah pi hospital sorang2! Bukan apa, malas nk susah2 kan org....kan miss independent (boleyblah). Time ni rasa sedey kot, otw g hospital tu, bos kol..dia tanya aku g dgn sape....akak opis kol dia tye soalan yg sama sbb dia assume aku akan pegi esok. x pela, dun wory k! sampai hospital, hujan! terkedek2 la aku wat illegal parking kat tepi jalan masuk hospital, bukak payung! pastu main tarik2 payung dgn angin! ohSweet kan! time ni rs sedih, tp air mata x nak keluar! *sombong betul air mata aku nieh! Terus pegi ER....tunggu sejam lebih! kat sini pun doc scan, then terus refer ke dewan bersalin!? time ni, aku lagi sekali blur, kenapa kene pegi dewan bersalin????!!!! Belasah jelah, doc tu siap tunjuk arah jalan cemana nk g dewan bersalin. Sampai kat situ, horror kot, sume org nk beranak je.....adoiyai...lemah kepala lutut nieh! tunggu lagi! Then, doc panggil, maka beramai2 la durang mengadap perut aku! malu toksah la nak cerita mcm mn! siap ada 2 org doc lelaki! adoiyaiiiiiiiiiiiiii.....hensem plak tu….adoiiiiyaii, lagi bertambah malu! haha
Masa ni la 1st time aku dgr doc sebut "Endometriosis"...2x aku suh doc tu ulang, tp aku x dpt nak tangkap jugak. Paham2 la doc cakap mcm mn kan.....spesis cakap laju & mulut kecik je dia bukak ms nk cakap! adehh....
Lepas dah check, scan lagi kat sini....(so total hr ni aku kene scan 3x)...cukup2 lah tu doc! Then, doc bg pilihan samada nk buat immediate operation, atau nk hold dulu! terus aku rasa darah aku mcm berderauuuu je bila doc bg option mcm tu...dlm kepala otak terpk, aku mana ada bawak baju...ni stokin pun dah basah kene air hujan...camne nk warded....camne nk operate? time ni jugak la aku pk baju kat ampaian umah x berangkat lagi! haaaaaaa.....punyalah banyak aku pk. Disebabkan ketakutan yg tetiba datang melampau, plus aku x tau nk kol sape dah mintak pendapat sebab aku time ni blur tahap max….so, aku amek 2nd option....jumpa pakar dulu! durg set appointment rabu depan utk jumpa pakar! so, balik dgn tenang! *eh, tenang ke? Mc 2 hari.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...