Tuesday, September 25, 2018

Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8

Mode: PBBR P8, Hospital Kerajaan, Pengalaman 5 Bintang Setanding Hospital Swasta

Power tak intro? huhu. Anyway camtulah lebih kurang komen yg aku letak dalam borang maklumbalas. Kemain bergeliga otak lantunkan ayat power walaupun baru je lepas meneran keluarkan seketul budak 3.36kg ditambah free pakej jahit tanpa bius. Baru ku tau beb syok tak syok jahit takde bius. Meneran tak sesakit itu tahu tak! Hadoi. Masa deliver Harraz dulu, relax je Nurse tu jahitkan sebab kena bius. Aku siap mamai-mamai lagi nak tido. Nurse tu pun suh aku tido tapi dia ajak aku borak. Ko ghase?

Get on my point, sebab kelahiran kali ni mcm dah ada pengalaman sikit berbanding yang 1st dulu. Mcm blur-blur je aku nak kena teran ke hape segala. So, tekad kali ni dah betul-betul sakit, baru kita terjah Dewan Bersalin. Haa gituw kejadiannya.

Orang kata, beranak kali kedua mungkin tak sampai pun cukup 40w. Sebab dah ada laluan. Tapi aku duk menghitung hari, tak maunya keluar lagi budak seketul tuh weh. Padahal aku punyalah tak larat giler nak bergerak. Kemain seksa segala inci badan ni. Berat naik lebih kurang masa Harraz dulu je. Harraz dulu 72kg, yg ni lebih sikit jadi 73.1kg. Power tak power? kah!

Masuk 39w memang malas dah rasanya nak g opis. Asalnya kemain nak keje sampai beranak. Tapi hakak taaa kuad dek! 39w hari sabtu, isnin selesa tu aku dah coti dah. Mujurlah borang cuti bersalin dah isi dan hand over siap-siap kat person in charge. So aku call je dia kata aku start lah cuti bersalin isnin tu. By wednesday actually dah ada macam false alarm. Macam sakit contraction, tapi mild jer. Relax-relax sudah. By khamis pagi, contraction memang datang ikut selang masa. Tengahari dah turun tanda darah. So relax lagi. Lakiku kat opis dah tak tentu hala buat keje. Last-last sebelum kul 12 dia dah ada kat umah. Bos dia suh balik katanya. Dia ajak pi hosp. Aku kata lepas asarlah senang.

By 6.15, baru sampai Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Doc check jalan, taraaaaa dah 5cm. Doc pelik. Takde rasa nak teran ke? Aku geleng kepala je. Tengok  rekod semua takde masalah, kencing manis takde, darah tinggi takde, gdm takde. So, Doc kata pegi PBBR P8 lah. Alhamdulillah kata hatikuuuuu. Termakbul doa nak bersalin situ. Merasalah naik ambulance dari Hosp Putrajaya ke PBBR P8. neno neno neno. Ok itu tipu. Takdenya nak bunyi siren segala.

Sampai PBBR, di iringi 2 orang nurse, dia siap tanya lagi. Nak makan dulu tak? Kang takde tenaga. Aku jawab taknaklah. Tadi dah makan siap-siap kat umah. Memang kat umah dah membedal nasi + daging masak lemak cili api pastu siap makan biskut cicah milo panas. Mak aku geleng kepala je tengok anak dia makan mcm bela saka.

Beranak kali ni, takdelah aku rasa hazab menunggu. Pukul 11.10pm baru bersalin, relax je duk dlm labor room tu lakibini. Siap main tepon. siap brp kali tah g ulang alik tandas. Dah aku asek minum air je. huhu. Time Harraz dulu nan hado. Kemain haus duk dalam labor room tu. Dengan rasa nak terkucilnya. Laki pun, dah nak keluar budak, baru nurse panggil. Hadoi. Kali ni tak ye. Kejab2 kang aku suh laki aku urut pinggang. huhu.

1st tear degree. Kena la 4 jahitan tanpa bius. Nurse baik-baik je. Takde nak marah ke hape ke. Cuma suh aku bersabar je masa kena jahit tu. Sebab aku rasa lagi sakit jahit dari nak keluarkan budak. haha. Selesai jahit, nurse siap hidang milo panas secawan dan sepeket biskut. Siap guna set english rose lagi. Kurlass sgt.

Selesai.

Kul 2 pagi, nurse tolak pi masuk wad. Rasa nak jee request duk je labor room tu sampai pagi. Sebab laki boleh teman. Tapi tu cuma berdendang dlm sanubari je, tak terkeluar ayat tu kat tekak ni. Maka masuk lah wad seperti rumah itu. Dahla lagi 2 bilik takde patient. Bertabah je 2 org anak beranak. Nurse duk pantau 3 rumah time tu. So kjb ada kjb x de. Dia bukak tv kuat2 buat teman aku. haha. Nice try by the way! Cukuplah satu malam duk situ. Esoknya balikkkk!

& charge for the whole process is RM0. Macehhhh gomen!





1 comment:

  1. Memang kt situ takde pakar bius ke? Kenapa jahit tanpa bius?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...