Sunday, October 30, 2011

Minuman Syaitan

Mode: dah tau, jgnlah buat!

Seperti terpanggil utk berbicara...& since my prens da wat entry kt blog dia psl benda nieh.....& alhamdulillah seperti'y Allah menjawab persoalan yg rs menghukum di benak hati! eceh, mcm ayat novel x? haha.....dulu ader gak org tye aku, boley ker keje kt kedai yg jual arak.....which is kiter kene entertain customer yg nk beli....even, org2 yg keje kat 7E, terkadang aku pOwn rs agak kuciwa + marah jugek pasal arak ader dlm freezer sekali dgn air lain! tp nk wat camner kan, klu lahh 7E itu aku yg punya, zasssss! aku balingkan sahaja semua2 yg bersangkutan dgn benda alah tersebut....dulu pOwn aku de baca psl pemegang2 saham carlsberg kat mesia nie...& ader gak org melayu yg ISLAM menjadi 1 of the board director! Wallah hu a'alam akan kesahihan'y....jika benar seperti yg dikata, semoga Tuhan buka pintu hati mereka2 itu utk kembali ke jalan yg diredhai oleh-Nya....

Tau x, aku pOwn sebenar'y br tau...means, br betul2 yakin akan keraguan di hati......which is, apa2 pekerjaan yg bersangkutan dgn arak, hukum'y adalah sama seperti peminum arak! Please dun take silly this thing!



“Rasulullah s.a.w. melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. Yang memerahnya
2. yang minta diperahkan untuknya
3. yang meminumnya
4. yang membawanya
5. yang minta dihantarinya
6. yang menuangkannya
7. yang menjualnya
8. yang makan harganya
9. yang membelinya
10. yang minta dibelikannya.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Dalam riwayat yang lebih kuat, Rasulullah bersabda:

Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)

Justeru, adalah jelas hukum beberapa jenis pekerjaan yang berkaitan dengan arak. Ini termasuklah:
1. Pemandu lori kedai arak.
2. Pemilik kedai yang menjual arak.
3. Juruwang (cashier/till machine operator) yang menguruskan pembelian arak.
4. Pekerja buruh di kilang arak dan yang mengangkut arak.
5. Pelayan kafe, restoran dan pramugari/a yang menghidangkan arak.
6. Kerani dan pegawai di syarikat yang berurusan secara terus dengan arak.
7. Syer/kongsi saham/makan persen/pengeluar lesen/pihak berkuasa yang meluluskan
8. Dan lain-lain.

So, yg mana ader kawan2, adik, kakak, abg......etc yg keje bersangkutan dgn this kind of thing, sampai2kanlah pesan......jgn takut akan hilang'y pekerjaan, kerana rezeki Allah utk kiter ader! jgn takutkan akan kesusahan dunia, tapi takutlah akan seksaan akhirat yg maha dasyat!


~Renung2'n & selamat beramal!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...