Sunday, October 30, 2011

Shhhhhhh!!!

Mode: Diam, x perlu berkata2!
~tp klu dah x berkata2, camne nk masuk entry baru? hihi....owh, masuk entry bukan pakai cakap lahhhh....type sahaja! boley faham?
~cer layan citer kat bawah nieh...aku copy dr pesbuk INI




CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita
hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

HZ COPYPASTE FROM ALLAHSEEKER.BLOGSPOT.COM


~sekali, mereka pOwn amek dr blog org! huhu...x kesahlah...yg penting, siyes aku suka sgt dgn artikel nieh....tp ms mula2 baca hr tuh, aku de gak tye kat kawan aku yg mula2 post ni kat wall dia...aku tye dia..."abes, camne kiter nk tau org tu suka kiter?" kawan aku yg memiliki Wilayah Veterinar Selatan a.k.a jentera WVS menjawab..."x pelah...tye je kat Allah...nti Allah tlg tanyakan lah...pastu nti Allah jawablahh balik"...cenggitu lah jawapan'y! rs mcm terngiang2 lagik jawapan sopan yg kawan aku tuh bagi! time kacehhh lahhh atas jawapan tuh! hihi.....
So, rilex2 suda...x yah nk sebOk2 duk pk org nk kiter ke x.....serahkan segala'y kepada Allah...& jgn berhenti berdoa.....kan Allah suka mendengar permintaan hamba2'y...cuma kiter nieh terkadang yg cepat sgt putus asa! keep going okeh!
Nanti bila sampai masa'y, pandai2 lah jodoh kiter tuh nk jumpa wali kiter kan! mungkin nanti bila dah sampai masa'y, org tu akan tye kiter..."eh, boley bagi alamat umah jiran kat kg x? ader hal sikit lahhh...so, nanti waktu sekian sekian, masak la lebey2 sket yer".....x de masalah klu nk wat muka terkujat2 time tuh..."kater nk g umah jiran kiter, nape nk suh kiter masak plak?".......
Oleh hal yg demikian...berdoalah...jika dia adalah jodoh yg telah tertulis di loh-mahfuz, mohon supaya Allah permudahkan segala'y.......mohon supaya Allah dekat'n dia dgn kiter .....tp jika dia bukan utk kiter, mohon supaya Allah bagi kekuatan kepada kiter utk m'hadapinya.......sekian!

2 comments:

  1. dekat2 dah tu...i pray for the best to my lil fren =)

    ReplyDelete
  2. kamu lahh yg dh dekat! hope everything goes well!! nti i teman pi naek cameron beli munge segar yeh! aminnn....pray for our happinesss....dunia juga akhirat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...