Tuesday, July 31, 2018

Credit Card

Mode: Berapa CC Korang Pernah Cuba?

The very 1st time aku ada kredit kad, dari Public Bank. Buat housing loan, automatik kena apply kredit kad jugak katanya. Aku yg noob ni, OK lah. Sign jelah. Pastu dah approved, tak tau nak buat apa. Noob sgt ke camne ni.

Pastuuuuu dah tak noob, dah terpakai banyak pulak. kahkah! Transfer kredit ke BSN, buat monthly payment without interest. Kredit kad BSN ni pun dipaksa buat sebab buat loan. huhu. Pastu dia bagi 2 kad pulak. Bila aku tanya, tak de apa pun, nak satu kad pun boleh. Aku pun hurm, yelah amek je. Apeke sengal sgt.

Pastu kalau engko main swap je kad yang mana, nanti end of the month dalam statement, dedua kad engko kena bayar. kahkah! Padan muka aku. Kalau bayar satu kad je, yang satu lagi akan ada la cas utk next month. Sabojela. So takyah lah engkorang amek sekali 2 kad camni padahal kredit limit combine je dua tu.

Public bank dah stop. Call je nombor kat belakang kad tu utk cancelkan. Sonang! Yang BSN, tak boleh ye. Kena buat surat bagai. Kejadahnya ntah. SUrat tu emel atau bagi ke cawangan terdekat. Hamboih kemain.

Settle dah. Dah bebas kredit kad. Ada seketul je tinggal ni. Utk emergency katanya. Tapi tak aktifkan pun lagi. huhu. Tp yg bank rimau ni dah 2x aku dapat. Yg 1st hari tu siap dah expired sebab tak aktifkan. Ni dapat lagi. Tp adalah kelebihan dia, kalau guna har jumaat ada rebat. Haa gituw.

Akhir kalam, tapayah lahhh engko nak merasa ada kredit kad tu woih. Jahanam! Lain lah kalau dispilin macam aku. ngeee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...