Tuesday, August 8, 2017

My No. 4

Mode: Tunggu Umi Kat Syurga

Alhamdulillah, atas segala nikmat kurniaan-Nya.
Redha atas segala ketentuan DIA, for sure.
Jiwa seakan kuat untuk tempuh segala yg mendatang, tapi jauh di sudut hati, terhiris jua.

Anak, siapa yg taknak?
Siapa yg tak sayang?

Aku cuba jaga dgn baik, tapi manakan mampu nak tolak semua benda lagak hidup bagai seorang ratu. Walhal, aku hanyalah rakyat biasa cap golongan marhein alaf doploh satu.

Walaupun masak aku bukan reti.
Kemas umah apetah lagi.
Tapi, buat la jugak sikit2 nak sedapkan hati.
Takdelah rasa macam hidup dalam lori sampah.
Tak pun kau guna tandas awam di rumah sendiri?
Oh mai!

Orang cakap senang, dah tau preggy duk lah diam-diam.
Tapi kang sape pulak nak buat segala benda?
Aku takde maid woi. Kuli apetah lagi.
Diri sendiri jadi semua.

Berpantang?
Sila jangan berangan jauh sangat.
Malam lepas gugur, Anak soleh Harraz cranky tak tau nak apa. Kul 4.30 pagi aku tak tido lagi. Padehal, siang tadi aku baru keguguran ni.
Tido lena? Bertunku? Berstokin? Mandi air panas? Apekejadah semua tu.


Ok lah.
Adat perempuan memang begitu.
Syukur apa adanya suami bantu mana yang perlu.

3 anak Umi tunggu Umi kat Syurga ya.
Umi rindu, Umi peluk Harraz laju-laju on behalf all of U.


My No. 4,
1m, 14d


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...