Thursday, December 22, 2011

Antara syaitan & manusia

Mode: Semua'y adalah hamba kepada Pencipta Langit & Bumi

Sedangkan, binatang2 yang tidak dikurniakan akal & fikiran itu, bertasbih....
memuji kebesaran Yang Maha Esa....
Manusia, dijadikan oleh Allah SWT dgn sebaik2 kejadian.....dijadikan dengan sebegitu indah dan cantik...dijadikan manusia, tidak lain & tidak bukan...untuk mengikut perintah Allah SWT.....supaya menjadi hamba-Nya yg tawadduk akan kebesaran-Nya.....

Seringkali kita meletakkan bahawa kita adalah lebih baik dari syaitan.....kerana syaitan itu dipanggil laknatullah....ia'y telah ingkar dengan arahan Allah SWT......& akibat'y syaitan telah berjanji bahawa mereka akan menyesatkan anak2 Adam sehingga ke akhir'y.....oleh itu, nyawa syaitan dipanjangkan oleh Allah SWT.....

Kita telah sedia maklum akan jahat'y syaitan ini....
Kita telah sedia maklum akan kezaliman syaitan dalam menyesatkan anak2 Adam.....
Kita telah sedia maklum, akan janji syaitan kepada Allah SWT utk menyesatkan kita....
Kita telah sedia maklum, bahawa hasutan syaitan ini hanya boleh dipatahkan dengan keimanan dalam diri....
Kita telah sedia maklum segalanya.....

Benar, jika kita mengatakan bahawa syaitan itu jahat.......sehinggakan mereka dipanggil syaitan laknatullah....


Tetapi, perihal sebelum iblis ini dilaknat Allah SWT...nama baiknya ialah Azazil.....ibadatnya lebih hebat dari semua malaikat yang ada....bahkan menjadi ketua kepada sekalian Malaikat...Tiba-tiba, datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang khalifah di dunia ini. Lalu Allah ciptakan lelaki (Nabi Adam AS) lalu dititahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali Azazil....Oleh itu Allah murka.....

Bayangkan, seorang hamba yg taat akan perintah Allah....& ibadat'y lebih tinggi daripada para Malaikat, mendatangkan kemurkaan Allah hanya dengan 1 keingkaran! cuba bandingkan dengan kita......Allah hu Robbi! berapa benyak keingkaran yg telah kita lakukan...yg bisa mendatangkan kemurkaan Allah SWT?

Jika kita mengatakan syaitan itu jahat! suatu ketika dahulu, dia hanya melanggar SATU perintah Allah.....

~Tanyalah diri kita sendiri......
kerana sejahat2 syaitan yang telah dilaknat Allah itu, dia tidak pernah tinggal sembahyang suatu ketika dahulu.....dia diantara makhluk ciptaan Allah kuat beribadat......bandingkan dgn diri kita skrg ini....adakah bilangan keingkaran kita kepada Allah SWT lebih hebat dari syaitan? Nauzubillah...moga Allah pelihara kita semua....mudah-mudahan~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...